Tuesday 6 August 2013

Kari tumis ikan puyu bersama Mak Ngah Pora


salam ramdhan semua
Resepi kali ini matlah lain dari yang lain.Resepi kali ini ialah kari tumis iakn puyu.Rempahnya disediakan sendirin menggunakan batu giling.Batu ini susah untuk ditemui pada zaman ini.Nenek moyang kita dahulu menggunakan ini.Kali ini Mak Ngah Pora yang akan mengetuainya.Jom kita lihat :)

Bahan untuk menggiling:
Bahan2 giling
Cili kering, bawang besar, bawang merah, jintan manis, jintan putih, ketumbar(rempah biji), kunyit hidup.
Tumis
Bawang merah, bawang putih, daun kari
 
Bila cili kering, ketumbar, jintan dan kunyit hampir lumat, barulah hentak2kan bawang gunakan anak batu penggiling.Jika diletakkan bawang bersama cili diperingkat awal menggiling, bawang akan sebabkan mata kita cepat berair.Giling lagi hingga lumat kesemuanya.




                                                Ini ikan puyu yang sudah siap sembelih.



Tumiskan bawang, daun kari dan .. yang macam kacang parpu tu apa?...Lupa la pulak...! Bila bawang wangi, masukkan rempah giling. Tumis hingga wangi. Masukkan santan. Masak hingga mendidih. Jangan masakkan ikan puyu lama sangat sebab isi ikan ini lembut.




Taraaaa..Dah siap dah gulainyaa.sedapppppppp!
SELAMAT MENCUBA YA SEMUA! 

p/s:JANGAN LUPA IKUTI KELUARAN MAJALAH VIT-TO MALAYA EDISI SALAM LEBARAN KELUARAN OGOS :)




Sambal Belacan yoooo

Eh hai pembaca yang jelita dan menawan *kejit mata*

Sangatlah simple hidangan kali ni.Tanpa hidangan ni sesetengah orang tak boleh menjamah nasi.Hidangan ni menjadi pelengkap rasa bagi setiap hidangan.Amatlah mudah tersangat mudah la nak buat hidangan ni.Alahaiii.

JOM BUAT

Bahan-bahannya:


7 biji cili hidup segar - dibelah dua dan dibuang biji

5 - 6  biji cili padi merah - (boleh dikurangkan dan ditambahkan, bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki)
1 sudu besar pati asam jawa Xtra ABADI
2 sudu besar jus limau kasturi
Belacan secukupnya - dipanggang/dibakar terlebih dahulu
1 sudu besar sos ikan atau sos sotong
Garam, gula, serbuk perasa

Masukkan semua bahan di atas di dalam blender basah bersama sedikit air (gunakan air mineral, air masak, atau air yang telah ditapis).  Air yang digunakan tidak boleh banyak, nanti sambal cair.  Agak-agaklah, sekadar untuk bahan-bahan di dalam blender tadi boleh dikisar.  Kisar jangan sampai lumat.  Kalau kita buat dalam kuantiti yang banyak, boleh dimasukkan di dalam tupperware dan disimpan di dalam peti ais.  Selain dimakan bersama ulam, sambal belacan juga boleh digunakan untuk menggoreng sayur kangkung dan memasak nasi goreng, dan dicampur dengan kicap dan gula sebagai bahan pencicah mangga. Hai.... terliur bila sebut mangga cicah sambal belacan kicap ni.




Hye awak-awak sekalian.We meet again :)

Oh.hari ni kita nak buat nasi lemak pulak.Nasi lemak ni banyak jugak la bahan yang kita gunakan  tapi simpel hidangan ja.Orang melayu suka makan nasi lemak dengan kopi O' panaskan.Oh,sedapnya!Orang melayu suka jadikan ni sebagai sarapan pagi.Nasi dia amat berlemak kerana menggunakan pure santan.Orang tua-tua cakap kalau makan memang mengantuk la sebab tu la kena minum air kopi O' panas sebab nak melawan balik rasa mengantuk tu.Mungkin betul kot.hee :D

NI RESEPINYA


Bahan- bahan untuk membuat nasi lemak (untuk 4 orang):
Bahan A (untuk nasi)
3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
3 ½ cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit gula dan garam

Bahan B (untuk sambal)
1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
4 sudu besar cili giling
Sedikit asam jawa
1 inci halia (diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
¾ gula melaka
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara masakan Nasi Lemak :
Cara masak nasi lemak:-
1. Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam periuk.
2. Tanak nasi seperti masak nasi biasa.

Cara membuat sambal nasi lemak :-
1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili giling, halia, asam jawa dan daun pandan.
3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula melaka, bawang besar serta sedikit gula dan garam.
5. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.
6. Masukkan bilis goreng ke dalam sambal atau boleh juga diasingkan dari sambal tadi.
7. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur.

* Tips tambahan:- gunakan kelapa tua dan elakkan kelapa muda, kerana kelapa muda kurang bersantan dan nasi akan kurang berlemak.
Sampai disini sahaja program masak-masak bersama cik tom. hee.. Selamat mencuba cara membuat nasi lemak...

how to make masak lemak ubi

Assalamualaikum you o'lls

Entry kali ni admin nak sharekan macam mana nak sediakan masak lemak ubi.Resepi kali ini berasakan masakan tradisional melayu,resepi ni juga kita dapat dari resepi turun-temurun nenek moyang kita dahulu kala.Resepi turun-temurun memang sedap nak dibandingkan dengan resepi sekarang.Now,lets look how it's make

Bahan-bahan ( utk 4 orang ) lebih kurang macam hidangan satu family laa :)

  • * 1 Ikat daun pucuk ubi ( gunting sederhana halus)
  • * 3 tangkai cili merah( kalau nak pedas, 8 tangkai cili padi. he..he..)
  • * 1sm Kunyit hidup
  • * 1 biji bawang merah
  • * 1 ulus bawang putih
  • * 2 sudu makan ikan bilis
  • * 1 keping asam keping
  • * 1 peket serbuk santan( di kacau bersama 1 mangkuk kecil air panas)
  • * 1 batang serai( di titik)
  • * Garam dan bahan perasa

Cara-cara

  1. Tumbuk cili,bwg merah,bwg putih,kunyit hidup dan ikan bilis
  2. panaskan kuali dengan sedikit minyak. tumiskan bhn2 yg d tumbuk tadi hgga naik bau.
  3. tuangkan air santan, masukkan pucuk ubi ,asam keping dan serai, akhir sekali masukkan garam dan bahan perasa.. tamdahkan sedikit air dan biar mendidih. angkat dan hidangkan
  4. Selamat menjamu selera..


Wednesday 31 July 2013

VIT-TO MALAYA

Assalamualaikum
Majalah ini berasaskan makanan  tradisional melayu.Majalah ini memberi 1001 resepi yang berlainan mengikut negeri.Nama magazine tu adalah VIT-TO MALAYA.Vitto tu maksud dia makanan dalam bahasa Itali :)
Ni la cover magazine tu.taraaaaaaa